Monday, April 4, 2011

ZAMAN KEGEMILANGAN PASUKAN KEDAH DARUL AMAN

ASSALAMUALAIKUM'
Dalam dok tengah layan YOUTUBE tetiba terbka video tme zaman kegemilangan kedah dulu.hahah mmg seronok sangat2 .Terkenang zamn KEDAH menjadi juara DOUBLE TRIBLE maksud kata 2 tahun bertrut2 kedah pegang ketiga2 piala..Dalam sejarah bola sepak MALAYSIA , kedah ja yang buat cam 2...sebagai rakyat KEDAH aku automatik bangga mnjadi rakyat kedah...HIDUP KEDAH HIDUP KEDAH..emoo lak plak..so tercpta la entry di bwah ni khs untuk pnyokng kedah

Kedah Era Awal 1990an vs Kedah Era 2007/2008




Pasukan Kedah Era awal 90an (1992-1994) ini merupakan pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 2 pada tahun 1993 dan menjadi Naib Juara Piala Malaysia pada tahun 1992. Pasukan kedah pada waktu itu juga berjaya merangkaul kejuaraan Liga Division 2 tahun 1992 & menjuarai Liga Division 1 tahun 1993. Pasukan Kedah pada masa ini dibarisi oleh Azmi Mahmud, Radhi Mat Din, Norazam Ishak, Mohd Ramli, K.Ravichandran dan lain-lain serta diperkuatkan lagi oleh 3 orang pemain import yang cukup hebat iaitu Olubunmi Adigun (Nigeria), Peter Nieketien (Nigeria) & Tibor Szaban (Slovakia).
Pasukan Kedah mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama pada tahun 1990 setelah berjaya menewaskan pasukan Singapura (3-1) di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.


Pasukan Bola Sepak Kedah Era 2007/2008 terus melakar sejarah baru dalam arena bola sepak tempatan di mana berjaya mempertahankan koleksi tiga gelaran iaitu Juara liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia buat musim kedua berturut-turut. Pasukan Kedah pada waktu ini dibarisi oleh ramai pemain muda yang memiliki semangat juang yang tinggi. Antaranya ialah Badrol Bahtiar, Khyril Muhymeen, Thiru, Fauzi (Pak Long), Shafizan, Victor, Sabree Abu dan lain-lain.
Pasukan Kedah juga diperkuatkan oleh gandingan mantap 3 orang pemain import yang cukup berpengalaman. Dua permata hitam dari Saint Vincent and the Grenadines iaitu Marlon Alex James & Cornelius Bernard Huggins serta pemain tengah yang licik Nelson San Martin dari Chile.

Kejayaan seperti ini amat ditagih oleh peminat Bola Sepak Kedah pada masa ini. Para peminat amat mengharapkan Pasukan Bola Sepak Kedah dapat menjelma semula Zaman Kegemilangan Bola Sepak Kedah.


Tetapi kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan dtgah hari...kedah mghadapi zaman 2 kejatuhan kebelakangan ini,nampaknya sepeti ada sesuatu yang tidak kena didlam pengurusan kedah..berbekalkan plyer2 boleh dikategrikan STAR masih blum mampu brsinar..adakah KEDAH dapat mngharungi saat2 kgelapan ini??sbgai pnyokong setia kedah mstlah mgharapkan yang terbaik untuk pasukan..diharapkan SUKAN TIDAK DIPOLITIKKAN...semoga kedah MAJU JAYA..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA......
"Pulun Kedah Pulun"






Lirik Lagu Keramat Pasukan Bola Sepak Kedah

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

OLE-OLE-OLE-OLE

KEDAH JUARA!
KEDAHLAH JUARA!!

OLE-OLE-OLE-OLE






                                                                                                              POST BY WAJIB TAYANG
                                                                                                                4 APRIL 2011 11:37 MALAM

No comments:

Post a Comment